Wednesday 5 December 2018

Isteri cepat marah

Aku dah berkahwin dengan seorang yang cepat marah .

Selalu ada saja benda yang aku cakap menyebabkan emosi dia berubah, dan kemarahan terjadi,

Tapi kenapa aku still sabar??

Sebab aku bersyukur,
Isteri aku tak pernah khianati aku,
Dia tak pernah hina aku depan orang lain,
Dia kata dulu selalu doa nak kahwin dengan orang kaya, bila aku dengar dia kata macam tu aku balas kena teruskan doa tu supaya aku yang kaya.
Family mertua aku terbaik, mak mertua aku paling penyabar , rajin solat sunat,
Aku selalu minta mak mertua doakan aku.
Aku rasa doa dia makbul.

Sometimes aku fikir balik, banyak sangat perkara baik berlaku bila aku dah berkahwin dengan isteri aku,

At least sekarang aku dah berhenti melancap, aku dah benci tengok lucah.

Dan bila aku dengar ayah dia(pak mertua aku) cerita dia pon waktu dulu selalu gaduh laki bini , tapi sampai sekarang still bersama atas matlamat yg sama untuk capai redha Allah. Aku rasa sabar aku perlu dinilai lagi adakah aku betul2 sabar.

Tapi lepas 3 tahun kahwin, aku tengok dia dah boleh sikit-sikit kawal marah dia, aku setiap hari doa supaya dia berjaya jadi isteri yang solehah dan penyejuk hati ku dunia dan akhirat,

Doakan aku berjaya dapat 5 juta ringgit pada tahun disember 2023